Jumat, 05 Juni 2026 WIB

Penjual milo didenda RM30,000,menaikkan harga terlalu tinggi.

Haikal - Minggu, 09 September 2018 14:50 WIB
654 view
Penjual milo didenda RM30,000,menaikkan harga terlalu tinggi.
Pesisirnews.com-perbicaraan mahkamah di negara ini.

Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman  terhadap Shihan Mohd Salim, 28, pemilik premis Anak Mami The Restaurant 3, mahkamah memutuskan pihak terdakwa berjaya membuktikan kesalahan prima facie ke atasnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat serta mengemukakan resit jualan antara Januari 2015 sehingga Mac 2016 bagi minuman milo ais.

Selain itu, tertuduh tidak dapat menunjukkan invois belian bagi produk milo, susu dan ais selain tanda harga minuman berkenaan bagi tempoh sama dalam masa tujuh hari bekerja bermula 9 Mei 2016.

Baca Juga:

Tertuduh yang diwakili peguam PJ Pereira, kali pertama didakwa di mahkamah pada 24 Oktober 2016.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Geoffery Gumalang dan Azmil Aspara.

Baca Juga:

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah dalam sidang media berkata, peniaga berkenaan didapati menjual milo ais di premisnya dengan harga RM3.20 segelas dan harga itu dirasakan agak mahal oleh pengguna sebelum aduan dibuat pada 7 Mac 2016.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga atau pemilik premis makanan mengambil iktibar daripada kes terbabit dan tidak meletakkan harga terlalu tinggi bagi setiap hidangan yang dijual.

"Saya juga menasihatkan pengguna supaya melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada sebarang keraguan berkaitan harga barangan yang dibeli termasuk makanan serta minuman," katanya. ? Oleh Mohd Nazllie Zainul/BH Online

Sayangsabah.com



SHARE:
beritaTerkait
Operasi Patuh Lancang Kuning 2026 Dimulai 8 Juni, Satlantas Inhil Kedepankan Edukasi dan Keselamatan Pengendara
Kapolres Inhil Pimpin Upacara Pemberhentian Dengan Tidak Hormat Pada Dua Personil Polri
Ditreskrimum Polda Riau Nyatakan Laporan terhadap Ketua IWO Riau Bukan Peristiwa Pidana
Perkuat Penegakan Hukum dan Penertiban Aset Daerah, Bupati Herman Gandeng Kejari Inhil
Satresnarkoba Polres Inhil Ungkap Peredaran Narkoba di Kempas, Sita 129 Butir Ekstasi dan 12,18 Gram Sabu
Polsek Keritang Ungkap Kasus Narkotika, Amankan Pengedar Sabu dan Ekstasi di Pasar Kembang
komentar
beritaTerbaru